Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan

Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan

Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan didirikan atas tapak seluas 72 ekar dan 20.8 hektar berhampiran dengan bandar Diraja Pekan,Pahang Darul Makmur. Kewujudan sekolah ini adalah daripada ilham Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al Muatain Billah Shah, Sultan bagi negeri Pahang Darul Makmur. Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang ke-31 di Malaysia, sekolah ini mempunyai ciri-ciri bangunan yang unik dan berbeza daripada sekolah sejenisnya yang lain. Segala kemudahan fizikal untuk pembelajaran kurikulum dan kokurikulum disediakan.Perletakan batu asas sekolah ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.1 Mac 1989 ialah tarikh permulaan pentadbiran sekolah ini di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, apabila pengetua dan timbalannya yang pertama tiba bertugas. Mereka ialah Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Rahim dan Tuan Haji Ibrahim Haji Ahmad dengan dibantu oleh dua orang pegawai kerani pendidikan.Pada 17 April 1989, kumpulan pertama guru yang bertugas di sekolah ini melapor diri.Logo sekolah, warna bas, corak kain samping dan nama sekolah telah diperkenankan oleh Sultan Pahang.Baginda juga telah berkenan mencemar duli dengan melawat tapak projek dan sekolah serta dipersembahkan taklimat kemajuannya. Majlis penyerahan bangunan oleh pihak pemborong melalui JKR kepada Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada 1 Ogos 1989, pelajar-pelajar sulung Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan terdiri daripada 212 pelajar tingkatan 4 dan 201 tingkatan 1 putera dan puteri mendaftar diri dan memulakan hidup di kampus SHAH. Pada 21 Oktober 1989, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah telah dibuka dengan rasminya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dalam satu majlis yang penuh gilang gemilang.Perletakan Batu Asas

Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan

Jenis sekolah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)(High Performance School), Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)
Faks +6094225453
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Hajah Halimatu Saadiah Binti Abdul Rahman
Pengetua En Ahmad Zamri Bin Md Isa
Kod sekolah CEA5072[1]
Laman sesawang Portal SHAH Pekan
Penolong Kanan Kokurikulum En. Sukeri Bin Abdul Rahman
Ditubuhkan (1989-03-01) 1 Mac 1989 (umurĀ 32)
Moto Where Excellence Is Created
Pengerusi PIBG En. Azaman
Nombor sekolah +6094224616